Monday, June 7, 2010

KaWaN :P

kawan sangat penting dalam kehidupan selepas keluarga kita. aku beruntung sebab aku selalu dikelilingi dengan kawan yang best. walaupun zaman persekolahan aku ada kawan yang buat 'taik' dan menyebabkan aku lebih berhati2 bila nak berkawan dengan orang yang baru. itu salah satu sebab ramai orang yang menggelarkan aku sombong. sejak azali lagi. AKU MEMANG SOMBONG. aku mengaku. tapi untuk sesetengah orang sahaja. tapi, bila orang dah rapat dan aku sudah rasa selesa dengan seseorang, aku akan menjadi lebih ramah dan mesra. malah, boleh jadi kawan baik.

yang peliknya, kawan lelaki yang baik dengan aku akan kekal lebih lama berbanding kawan perempuan. yang aku tak suka, bila aku ada kawan rapat lelaki ada mulut jahat yang kata aku suka berskandal. WTF.... walaupun aku nampak tak kesah tapi sebenarnya aku kesah. hati kecil aku selalu terdetik untuk aku sentap dengan gurauan mereka tapi aku bernasib baik kerana tahap kesabaran aku sangat tinggi. hanya aku sahaja yang tahu siapa yang aku suka. aku tak perlu bagi tahu satu dunia tentang itu... FAHAM!!

mungkin ada sesetengah kawan lelaki aku selesa bila bersembang dengan aku. sebab itu nampak kami rapat. masalahnya, orang luar TAK FAHAM. aku tak kesah. MYOB...

EZRAL FUAD adalah salah seorang kawan rapat aku. tempat aku cerita kisah suka-duka aku. bila aku ada masalah, dia antara orang yang aku akan ingat sebab dia selalu bagi nasihat dekat aku. nasihat yang akan membuat aku rasa lebih bersemangat dan nasihat yang akan menyedarkan aku. dia adalah orang yang berani untuk menegur kesalahan aku dan tidak hipokrit. dia adalah orang yang protect aku masa aku kat sekolah dulu. dia selalu jadi penyelamat aku. tapi ramai yang tak paham. ramai yang fikir aku ada hubungan istimewa dengan dia. tapi hakikatnya, dia kawan baik aku.

ATIQAH MARDIAH pula kawan sejati aku. aku baru jer kenal dia masa aku form 6 tapi kami terus rapat. walaupun mula-mula dia telah diracuni tentang kisah buruk yang direka oleh seseorang tentang aku tapi dia tetap mahu berkawan dengan aku. dia kawan susah senang aku. suka duka aku semua dengan dia. dia selalu ada bila aku perlukan dia. dia sanggup bersusah demi aku. aku tak tahu nak balas budi dia macam mana. harap Tuhan yang akan balas setiap budi baik dia. dulu masa sekolah, ada yang sanggup menfitnah dia. tapi aku lebih kenal dia. dia seorang yang baik dan sangat memahami aku. yang mmenjadikan aku lebih rapat dengan dia sebab kami banyak persamaan. aku berdoa agar persahabatan aku dengan dia akan kekal selama-lamanya.

FARIDA HANIS pula aku kenal dah lama tapi dulu masa form5 aku selalu buli dia sampai dia menangis. aku pernah panggil dia Alien, aku selalu gelakkan dia, aku selalu kenakan dia. jahat sangat aku masa tu. tapi bila kami sama-sama masuk form6, dia adalah kawan yang selalu teman aku dan sanggup melayan kerenah aku walaupun dulu aku buli dia. dia terima aku dengan baik sekali. aku rasa sangat bersalah bila dia buat baik dengan aku. masa tu baru aku tau yang dia adalah kawan baik aku. masa tu baru aku sedar siapa kawan yang baik dan siapa tidak.. dia nie penasihat rasmi aku dan Tika. dia kawan sejati aku.

NURUL AMIRA antara kawan yang paling lama aku kenal. sejak darjah 4. dia ni sangat pandai. bakal doktor. dia selalu entertain aku bila aku boring. dia selalu ingat aku. aku beruntung dapat kawan macam dia.

ZAINOR AZHAR adalah kawan aku dari kecil. sejak sebelum tadika lagi kami dah berkawan. aku dah masak dengan perangai dia. dia selalu dedahkan aku dengan benda yang baru. cerita yang baru. walaupun apa sahaja yang orang fitnah dia, cakap pasal dia, buat cerita pasal dia, aku tetap terima dia seadanya dia. sekurang-kurangnya dia ikhlas dengan apa yang dia buat. aku kenal dia lebih dari orang lain. orang yang baru kenal dia suka buat tanggapan yang buruk tentang dia tapi secara hakikat, dia seorang yang baik. sahabat yang baik. aku marah bila orang kata dia macam-macam, kutuk dia macam-macam sedangkan orang itu tak kenal pun dengan dia. kenal dia dulu baru boleh mengata dia. DON'T JUDGE BOOKS BY ITS COVER!!

No comments:

Post a Comment